Tuesday 27 October 2015

TRIP: BANDUNG, DAY 1

Hey,

Entry kali ni nak throwback trip aku ke Bandung pada tahun 2013. Dah 2 tahun aku tak update-update pasal trip ni. Dah berapa kali aku save as draft, tapi tak publish. Hihi. Bukan apa, kalau pasal trip ni, entry-nya sedikit panjang, sebab tu lah aku selalu delay je. 

25 May 2013
Tune Hotel, LCCT


Flight aku ke Bandung seawal jam 6.00 pagi dan ayah buat keputusan untuk bermalam di Tune Hotel, berdekatan dengan LCCT. Sebelum ni, ayah memang tak lari dari Tune Hotel walau kat mana pun kitorang travel, katanya sebab packages yang ditawarkan menarik, dan Tune Hotel adalah salah satu hotel budget. 

So, Tune Hotel memang ada beberapa pakej yang ditawarkan, kalau engkorang cuma amek basic, boleh lah save cost sikit. Basic macam mana? Basic tu bermaksud apa yang ada dalam bilik tu je, tak bermaksud air-cond, toiletries, hot water dan tivi. Sebab semua akan dikenakan charge.


26 May 2013
Bandara Husein Sastranegara


Perjalanan dari KLIA ke Bandung ini mengambil masa lebih kurang 2 jam. Kitorang touchdown dalam pukul 8 lebih macam tu lah, Alhamdulillah sepanjang perjalanan takde masalah. Cuma masa tengah beratur untuk pemeriksaan imigresen tu macam bengang sikit lah sebab ada beberapa penduduk tempatan suka hati tolak-tolak and potong barisan. Aku pandang mak ayah aku, tapi dorang cuma senyum, sungguh, mak ayah aku tak ajar untuk lawan orang. 

Airport Bandung ni memang sempit dan sangatlah kecil. Lepas selesai je semua urusan, terus kitorang jumpa dengan driver yang memang akan guide kitorang sepanjang ke Bandung, just bagitahu nak pergi mana, dia akan bawa. Serious memang bagus tour guide tu, ramah dan banyak cakap, so kitorang tak rasa kekok untuk bertanya. Dalam kereta pun dia pasang lagu-lagu Malaysia! Oh, lupa aku nak mention kat sini, yang kitorang lebih suka 'survive sendiri' setiap kali trip ke mana-mana. Means, kitorang cuma akan cari seorang driver, dan yang lain, banyakkan bertanya, dan maps akan sentiasa ada dalam bag galas!


Satu perkara menarik di Bandung ni, aku memang susah nak jumpa pengemis tapi yang pasti memang ramai yang akan datang dekat dengan korang dan menjual pelbagai barang. First time aku nampak budak ni datang tepi tingkap, aku terkejut dan takut, dan si driver tu pulak pergi buka tingkap. Dah menjadi kebiasaan aku kat Malaysia, kalau ada yang datang tepi tingkap, aku akan cepat-cepat lock pintu dan tak buka tingkap. Bukan apa, aku takut dorang akan apa-apakan aku. Hihi.

Bandung ni memang merupakan salah satu tempat yang sejuk sebenarnya, mungkin itu jugak yang menarik minat ayah aku untuk melancong ke Bandung selain terkenal dengan gedung shopping! 

Ibis Hotel

Tempat pertama kitorang tuju lepas touchdown Bandung, adalah check-in hotel. Kitorang stayed dekat Hotel Ibis Trans Studio. Hotel Ibis Trans Studio ni merupakan Hotel Ibis terbesar di Asia. Disebabkan Trans Studio ada dalam checklist tempat kitorang akan kunjung, so ayah pilih Hotel Ibis ni, sebab hotel ni bersebelahan je dengan Trans Studio and Mall Bandung.


Alhamdulillah, bilik di Hotel Ibis ni tersangatlah besar dan of course-lah salah satu hotel budget di Bandung. Nampak macam mahal kan? Tak silap aku, harga semalaman dalam RM70 harga Malaysia, tapi itu pada tahun 2013, 2 tahun yang lepas, harga terkini aku tak pasti.


Jalan Dago


Kat Jalan Dago ni banyak Factory Outlets seperti Grande Factory Outlet, Central Branded Outlet, Blossom Factory Outlet, Level Factory Outlet, Glamour Factory Outlet, Gossip Factory Outlet, Rafles Factory Outlets, Runway Factory Outlets. Setiap outlet tu ada yang jual kasut saja, baju saja. handbag saja, dan ada jugak yang campur, semua dia jual! Hihi.


Kitorang tak shopping banyak pun, kurang-kurang dalam 2, 3 helai baju je setiap sorang, sebab memang dah jadi adat kitorang bila travel, kitorang suka makan, dan tengok view-view cantik. Lagipun, nak round setiap outlet kat sini, 4 hari pun tak cukup weh!



Kedai Belacan

Lepas penat pusing-pusing di Jalan Dago, perut dah start lapar. Kitorang lunch di Kedai Belacan. Kedai Belacan ni berkonsepkan masakan sunda. Salah satu perkara yang menguntungkan tentang family aku adalah kitorang bantai makan apa sahaja. Alhamdulillah, trip ke mana-mana pun, tak susah untuk kitorang makan.


Kedai ni recommended oleh kawan ayah, katanya Gurame Goreng Terbang ni paling famous di Kedai Belacan ni. Aku tak pasti ikan gurame ni adalah ikan talapia atau ikan kaloi, yang pasti ikan ni sedap. Sebenarnya tak ada dihidangkan belacan sepinggan pun di kedai ni, mungkin belacan digunakan dalam setiap masakan kot, nasib tak allergic sepanjang makan di kedai ni. Hihi.



Rumah Mode Factory Outlet


Rumah Mode memang menjadi icon kalau berkunjung ke Bandung. Tak lengkap rasanya kalau tak ke Rumah Mode Factory Outlet ni. This is heaven untuk sesape yang kaki shopping! Antara banyak-banyak Factory Outlet di Bandung, barang-barang di Rumah Mode ni lebih berkualiti, dan of course harga agak mahal sikit dari outlet lain.


Kat sini sangat selesa dan luas walaupun orang ramai. Tak ada rasa nak sesak nafas pun. Facilities lain juga turut disediakan untuk pengunjung. So tak banyak complain lah kalau nak ke sini. Nak makan or sembahyang pun tak ada masalah. Even tempat melepak melepas lelah pun ada. Compared dengan outlet lain memang kalah. Hihi.

Rumah Mode ni banyak menjual barangan branded macam Guess, Mont Blanc, Tommy H, Hugo B, Zara, AX dan macam-macam lagi. Barangan untuk lelaki pun agak banyak kat sini compared to outlet lain. Penggunaan kredit kad juga di terima untuk semua shopaholic. Hihi. Hanya perlu zigzag and sign je then settled!

Baso Semar


Lepas seharian pusing-pusing bandar Bandung, kami buat keputusan untuk balik berehat. Sebelum balik ke hotel, si driver bawak kami dinner di salah satu kedai kampung, Baso Semar. Dah nama kedai pun baso, mestilah yang famous kat kedai ni adalah baso. 

Kedai makan ni kedai kampung, tapi banyak cawangan kecik-kecik di daerah Bandung. Meja dan bangku semua kayu. Dapur tempat dorang masak cuma depan mata, boleh lah kalau nak pergi intai macam mana proses dorang buat baso ni. Kebetulan masa aku pergi, malam tu hujan renyai-renyai, bertambahlah sejuk bandar Bandung tu. Makan pulak baso panas-panas, 'ummmphh' dia hanya kitorang yang dapat rasa malam tu! Haha.

Kitorang sekeluarga pesan Mee Baso, dorang gunakan maggie kering tu sebagai Mee Baso. Ini first time aku makan baso, dan ternyata memang sangat sedap. Dah order satu mangkuk speacial setiap sorang, tapi masih rasa tak cukup. Dagingnya langsung tak berbau. Portion dorang memang besar. Yang paling best, harga dorang sangat lah murah, dalam RM 3 - RM 4 untuk semangkuk, gila murah!

Habis je makan, kitorang selamat balik ke hotel dan rehat. Perut kenyang, badan penat, barang banyak, apalagi, terus tidur tak hengat dunia!

No comments:

Post a Comment