Wednesday 28 October 2015

TRIP: BANDUNG, DAY 2

Hey,

Entry kali ni adalah sambungan daripada TRIP: BANDUNG, Day 1. Actually, jenuh jugak aku nak ingat balik semua benda, maklum-lah dah 2 tahun punya trip baru nak update. Nasib setiap tempat yang aku pergi tu, ada gambar, so boleh cover balik memory ke Bandung ni. 

27 May 2013
Bubur Ayam Pak H. Amid


Pagi hari kedua tu, kitorang breakfast di salah satu kedai bubur yang paling best di Bandung, Bubur Ayam Pak H. Amid. Bubur kat kedai ni antara top 5 di bandar Bandung taw. Kedainya tak lah besar mana, cuma banyak outlet dan gerai. Kata si driver, Bandung adalah bandar kecil, dan tak ramai orang senang/kaya duduk kat sini. So, segala makanan dan keperluan lain masih murah. 

Si driver jemput kitorang seawal 7.30 pagi di hotel, dan terus bawak pergi makan. Kedai ni buka seawal 6 pagi sampai 11 malam. Kat sini korang bukan boleh nikmati breakfast je, kalau engkorang nak lunch, dinner and supper pun boleh. Harga semangkuk bubur ni lebih kurang RM2. 


Engkorang tengok portion dia besar gila! Kat sini macam-macam pilihan ada, korang nak ayam sahaja ke, daging sahaja ke, telur, hati, perut semua ada. Kat mana lagi nak cari bubur harga RM2 dengan portion dan isi banyak ni weh!

Masa on the way nak pergi ke kedai Bubur Ayam Pak H.Amid ni, aku bayangkan bestnya sejuk-sejuk pagi ni hirup sup bubur ayam, rupanya sampai je bubur tu, terkejut aku tengok bubur tu kering. Engkorang bayangkan cuma nasi yang dimasak lembik dengan bahan-bahan tu. Kering tekak aku telan bubur pagi-pagi tu. Haha


Situ Patengan

Lepas brekfast, kitorang terus ke Situ Patengan/Situ Patenggang. Situ Patengan ni merupakan sebuah danau yang terletak berhampiran dengan Kawah putih. Perjalanan kitorang ambil masa hampir 2 jam 30 minit dari Bandung. Memang sangat jauh dan sangatlah sempat sambung tidur dalam kereta before sampai. 


Tapi, dah pergi tempat orang tu kalau engkorang tidur, memang rugi lah. Sebab view on the way nak sampai ke Situ Patengan ni sangat menarik. Ada ladang strawberry, vegetables farm and tea plantation. Bukak je cermin kereta, dan engkorang akan rasa fresh air! Sepanjang tea plantation tu, si driver ni bagitahu yang ladang teh ni lah cerita Heart tu berlakon, ala yang cerita cinta Acha Septriasa dengan Irwansyah tu!


Mitos pasal Situ Patengan/Situ Patenggang ni korang boleh google je, banyak versi cerita dorang. Apa yang boleh aku ringkaskan, dorang terpisah sangat lama, dan dorang mula mencari disebabkan cinta antara 2 orang ni sangat kuat. Dorang akhirnya bertemu kat satu tempat, yang dinamakan 'Batu Cinta'.


Menurut cerita rakyat setempat, pasangan yang datang ke 'Batu Cinta' dan pergi berkeliling pulau asmara, akan mempunyai cinta yang abadi. Wallahualam. Kat sini korang boleh la nak memancing ke, picnic kat pinggir danau ke, atau berjalan-jalan kat kebun teh. Kitorang tak spend masa lama pun kat sini, kitorang just berhenti untuk ambil gambar je.


Wisata Kawah Putih



Lepas ke Situ Patengan tu, kitorang terus ke Kawah Putih. Jarak antara Situ Patengan dengan Kawah Putih ni cuma 30 minit. So, memang biasanya pelancong akan mengunjungi kedua tempat ni sekaligus.

Sampai je kat Kawah Putih tu, kitorang beli tiket, yang berharga lebih kurang RM0.62/head dan RM3/car. Mana nak cari RM0.62 untuk sekali entry weh! Haha. Perjalanan lebih kurang 5km jauhnya. Boleh tahan jauh jugak, jalan pun turun naik bukit. Ala, macam kalau kita nak ke Cameron camtu lah. Si driver ni pulak dia punya expert, turun naik bukit tu boleh pulak dia pecut. Adeh!


Aku malas nak cerita panjang pasal history Kawah Putih ni. Engkorang google lah sendiri macam mana terbentuk-nya danau Kawah Putih ni ye. Yang pastinya, danau ni memang terkenal dengan air yang berwarna putih kehijauan.

Semasa kitorang datang, cuaca about 5°c kau! Campur dengan hujan rintik-rintik. Gambar kitorang tu membuktikan bahawa cuaca sangat sejuk sampai berkabus. Take note masa ni bukan jerebu okay! Haha.


Kitorang spend lebih kurang 2 jam jugak dekat Kawah Putih ni, sebelum hujan lebat turun. Sebenarnya, memang tak boleh spend lama sangat kat sini sebab bau sulphur dia memang sangat kuat. Seingat aku, hidung aku dah start pedih bila dah hampir sejam ada kat Kawah Putih ni. 

So, advisable sangat bawalah masuk mask atau apa-apa yang boleh cover your breathing. Kitorang ada ternampak orang jual mask before turun ke danau ni, tapi tak beli, sebab tak jangka bau sulphur dia kuat sampai macam tu. Hehe.



Bebek Unti


Lepas dah puas menikmati suasana Kawah Putih, kitorang decide untuk balik ke hotel, sebab hari pun dah hampir malam. On the way keluar dari bandar Ciwidey ni, kitorang singgah di salah satu restoran, Bebek Unti untuk makan malam. Sebenarnya di kawasan Kawah Putih pun banyak tempat makan, tapi sebab nak rasa suasana baru dan unik, jadi kitorang memutuskan untuk makan di tempat ini. 



Konsep kedai makan Bebek Unti ini adalah konsep pondok atau saung yang berada di atas kolam ikan. Actually, memang dah banyak kedai makan buat konsep ni, tapi kitorang rasa cukup menarik and nak try makan sesuai dengan pemandangan alam, korang tahu tak betapa sejuknya udara kat Ciwidey ni!


Engkorang tahu bebek tu maksudnya itik kan? So, sesuai dengan namanya, memang kedai makan ni menyediakan itik sebagai hidangan utamanya, tapi menu lain pun ada jugak seperti ikan, ayam, dan banyak lagi. So, kitorang pilih sepinggan sahaja menu itik, oleh sebab aku dan adik perempuan aku tu memang tak makan itik. Hewhew. Selebihnya ikan keli dan tempe memang wajib ada sepanjang aku ke Bandung ni. Apa yang special kat kedai ni adalah Strawberry Blended tu, sebabnya, dorang ada kebun strawberry dan blueberry taw kat belakang kedai.


Lepas dah kenyang melantak tu, kitorang lepak-lepak dulu sambil bagi makan ikan yang ada kat kolam bawah pondok ni. Ikan dorang ni banyak gila, besar-besar pulak tu! Of course lah aku orang paling bahagia part-part bagi makan ikan ni, hehe. Dia punya dekat pondok dengan kolam ni, kau silap tertunggeng sikit terus masuk kolam taw! So, sape-sape yang bawak anak kecil tu mohon lebih berhati-hati.

Habis je makan, kitorang selamat balik ke hotel dan rehat. Perut kenyang, badan penat, barang banyak, apalagi, terus tidur tak hengat dunia!

2 comments:

  1. Cantiknya perempuan yang pakai sweater putih + tudung bercorak tu
    HAHAHAHAHA

    ReplyDelete
  2. Cantiknya perempuan yang pakai sweater putih + tudung bercorak tu
    HAHAHAHAHA

    ReplyDelete